1. MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL
Dalam kemahiran memproses
maklumat dan penyediaan bahan bertulis, langkah pertama yang perlu dilakukan
ialah menganalisis maklumat yang dikumpul. Artikel ini akan lebih ditumpukan
dengan topik menganalisis maklumat yang dikumpul. Sebelum itu, apakah yang anda
faham dengan menganalisis maklumat atau data? Analisis maklumat merupakan satu
proses menggunakan data bagi memberikan maklumat yang berguna untuk
mencadangkan kesimpulan dan menyokong setiap keputusan yang bakal diambil.
Analisis perlulah dilakukan dengan objektif, terperinci dan gigih. Dalam
menganalisis maklumat terdapat dua jenis data iaitu kualitatif dan kuantitatif.
Data kualitatif berbentuk teks, rajah, dan foto manakala data kuantitatif pula
berbentuk nombor.
Seterusnya, maklumat dalam
bentuk data bernombor boleh dianalisis dengan menggunakan pelbagai kaedah
seperti jadual, graf, frekuensi dan peratus. Kebiasaanya data yang banyak
dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS). SPSS
merupakan software yang digunakan untuk menjalankan analisis statistik yang
tinggi seperti skor min, regrasi dan kolerasi. Contoh maklumat yang menggunakan
data kuantitatif adalah seperti jadual, graf bar, carta pai, piktograf dan graf
lengkung. Penggunaan jadual dalam menganalisis data kuantitatif amat penting
kerana ia merupakan salah satu cara yang paling kemas dan sistematik untuk
mempersembahkan maklumat bernombor kerana data disusun secara kemas mengikut
baris dan lajur. Jadual merupakan medium yang amat baik untuk digunakan jika
seseorang itu ingin membandingkan pemboleh ubah dengan pemboleh ubah yang lain
misalnya jantina, masa, pendapatan dan pencapaian akademik. Graf juga
diperlukan untuk menganalisis data berbentuk nombor. Tujuannya adalah untuk
supaya data-data yang diperoleh dapat dianalisiskan kepada bentuk yang lebih
mudah difahami. Pemilihan jenis graf bergantung kepada keperluan dan persoalan
kajian. Seterusnya, artikel ini akan menerangkan langkah atau cara menganalisis
data kualitatif.
LANGKAH
MENGANALISIS DATA KUALITATIF:
LANGKAH 1 :
·
Melihat
maklum balas secara sepintas lalu
·
Membuat
nota berdasarkan sesuatu tema, isu dan faktor
·
Mencari
item yang penting
·
Melakukan
pemerhatian melalui video dan audio
·
Membuat
temu bual, rekod dan taip semula
·
Digalakkan
menggunakan jadual, dan mengikut tema
LANGKAH 2 :
·
Membuat
pilihan sebayak 3 atau 4 tema/katogeri yang muncul dan bina matriks
·
Membuat
carta bukti beraitan tema utama
·
Letak
tema/ katogeri di atas dan senaraikan pelajar di bahagian tepi
·
Dibolehkan
membuat kod warna serta membuat
perbezaan mengikut katogeri
LANGKAH 3 :
·
Binang
tujuan dengan pendidik lain seperti guru atau rakan
·
Baca
tinjauan (soal selidik) dan gariskan kata kunci yang berkaitan dengan tema yang
dikenal pasti
·
Seterusnya
rekodkan dapatan dalam kotak yang bersesuaian di dalam carta matriks yang telah
dibina
LANGKAH 4 :
·
Pertanyaan
seperti apakah yang telah anda peroleh
·
Rekod
pola yang muncul semasamelihat matriks
·
Pola
konsep
·
Pola
sikap
·
Tulis
dan rekodkan pemerhatian di bawah carta matriks
·
Contoh
Ø
Orang
pelajar (siapa yang bercakap banyak)
Ø
Perkataan
‘takut’ disebut berapa kali
Ø
Sokongan
bacaan jurnal
LANGKAH 5 :
·
Membuat
kesimpulan
·
Rekod
kesimpulan sama ada di bawah matriks atau dalam kertas yang berasingan
Sebagai kesimpulanya, semasa melakukan
analisis maklumat pelajar haruslah berfikir secara kreatif dan kritis supaya
segala keputusan akhir yang diterima mepunyai keesahan dan ketepatan yang
tinggi. Analisis maklumat ini amat penting kerana ia akan menentukan serta
menyokong keputusan dan kesimpulan yang bakal dibuat daripada analisis
tersebut.
Bagi mengetahui maklumat tambahan tentang Menganalisis Maklumat Yang Dikumpul, anda boleh ke pautan ini;
https://sites.google.com/site/kemahiranbelajar123/bab-6-kemahiran-memproses-maklumat-penyediaan-bahan-bertulis/6-1-menganalisis-maklumat-yang-dikumpul-1
Bagi mengetahui maklumat tambahan tentang Menganalisis Maklumat Yang Dikumpul, anda boleh ke pautan ini;
https://sites.google.com/site/kemahiranbelajar123/bab-6-kemahiran-memproses-maklumat-penyediaan-bahan-bertulis/6-1-menganalisis-maklumat-yang-dikumpul-1
2. Mentafsir dan
Membuat Kesimpulan
- Mentafsir maklumat merupakan atu
kebolehan untuk memberi penerangan rasional tentang objek, fenomena atau
pola berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan.
- Terdapat dua cara untuk membuat
tafsiran ke atas bahan atau maklumat iaitu maklumat dalam bentuk teks,
gambar, lakaran, foto, grafik dan sebagainya.
- Tafsiran berbeza mengikut
pentafsir kerana mereka mempunyai pengalaman, ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang berbeza.
- Ia juga berbeza kerana setiap
pentafsir mempunyai pandangan, nilai dan prinsip yang beza. Walaupun
begitu, tafsiran juga berbeza mengikut keperluan dan kehendak pentafsir.
Pentaksiran
boleh dilakukan secara individu dan menggunakan teknologi dalam operasinya.
Anda
akan dapat memberikan maklumat lengkap dan berguna tentang restasi
pembelajaran, bahan atau isu yang dibincangkan serta berupaya memberikan
maklumat yang benar kepada stakeholders yang lain.Hal ini memberikan gambaran
terhadap keupayaan sebenar anada bagi merealisasikan aspirasi Falsafah Pendidikan
Negara untuk menjamin kualiti.
B) JENIS-JENIS TAFSIRAN
. MENTAFSIR TEKS
•
memberikan
penerangan tentang pola atau perhubungan berdasarkan maklumat yang
dibaca/dikumpul atau memperihal secara bermakna malumat yang tersurar dan
mencari maksud yang tersirat.
•
biasanya
tafsiran mengikut kehendak, keperluan, kefahaman pentafsir dan mengikut
kehendak serta keperluan soalan kajian yang dijalankan.
. MENTAFSIR FOTO, GAMBAR, GAMBAR RAJAH, CARTA ALIR, GRAFIK, LAKARAN.
•
mencatatkan
ciri-ciri yang diperlukan menggunakan senarai semak yang disediakan.
•
lebih
mudah difahami daripada maklumat dalam bentuk teks.
•
maka,
penjelasan dan penerangan yang diikuti dengan foto dan grafik lebih mudah
difaahami pembaca
C. LANGKAH-LANGKAH
MENTAFSIR MAKLUMAT DALAM BENTUK TEKS
a)
Memecahkan
data kepada bahagian kecil – mengenal pasti tema yang dibincangkan.
b)
Meneliti
semua data untuk mencari perkaitan – menentukan perkaitan antara tema-tema.
c)
Membezakan
fakta daripada hipotesis – mengenal pasti maklumat berbentuk fakta atau
andaian.
d)
Membezakan
idea utama daripada idea sampingan – menentukan perhubungan antara idea utama
dan idea sampingan.
D) TUJUAN
MENTAFSIR MAKLUMAT
1.
Mengesan
pola atau corak berdasarkan maklumat yang diperoleh
2.
Menyatakan
hubungan diantara maklumat
3.
Mebuat
kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan
E) PRINSIP
ASAS DALAM PENTAKSIRAN TERHADAP MAKLUMAT YANG DIPEROLEH
- · Data yang holistic
- · Memastikan keseimbangan dalam memberikan pendapat
- · Pentaksiran yang tidak mengetepikan unsur humanistic
F) CIRI-CIRI
PENTAFSIRAN
- I. bersifat holistic
- II. berasakan elemen
- III. pelbagai bentuk
- IV. on-line
- V. berterusan
- VI. merujuk kriteria
- VII. berpusatkan bahan dan tugasan
G) MEMBUAT
KESIMPULAN
Kesimpulan ialah kata putus atas gagasan yang didapati
pada penghujung perbincangan. Bagi membuat kesimpulan ke atas data dan teks
didapati bahawa kesimpulan ke atas lebih mudah kerana hasilanalisis data
biasanya lebih tepat kerana mengikut kiraan yang telah dilakukan. Bagi
kesimpulan yang dibuat ke atas maklumat dalam bentuk teks didapati lebih sukar
kerana tafsiran mengikut kehendak dan keperluan pentafsir serta dipengaruhi
nilai dan kefahamannya. Walaupun begitu,
setiap kesimpulan yang diperoleh mempunyai bukti aripada maklumat yang telah
dianalisis dan ditafsirkan. Kesahan dan kebolehpercayaan hasil dan tafsiran
data ditunjukkan supaya kesimpulan dapat dibuat dengan tepat mengikut maklumat
yang diperoleh.
Anda boleh ke https://sites.google.com/site/kemahiranbelajar123/bab-6-kemahiran-memproses-maklumat-penyediaan-bahan-bertulis/6-1-menganalisis-maklumat-yang-dikumpul untuk maklumat tambahan.
3. MENILAI MAKLUMAT
3. MENILAI MAKLUMAT
Melalui kaedah yang telah dibincangkan sebelum ini, kita
dapat mengetahui dan memahami pelbagai jenis
maklumat yang boleh didapati atau diperoleh dalam proses pembelajaran.
Terdapat banyak maklumat yang disimpan atau tercatat dalam buku iaitu jenis
cetakan dan terdapat juga maklumat yang direkodkan dalam pita audio seperti
filem, video atau slaid. Walau bagaimanapun, maklumat yang diperolehi ini harus
dinilai kesahihannya terlebih dahulu kerana bukannya semua maklumat dapat
diguna serta merta atau digunakan begitu sahaja tanpa mengetahui kesasihannya.
Hal ini adalah bertujuan untuk menjamin kesahihan sesuatu maklumat yang
diperolehi dan mengelakkan mana-mana pihak mendapat maklumat yang tidak sah
atau palsu. Maklumat yang disampaikan hendaklah tepat dan benar supaya dapat
memberi maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada pihak yang menggunakannya.
Oleh itu, terdapat beberapa cara atau teknik yang telah diperkenalkan untuk
menilai maklumat antaranya adalah seperti berikut :
3.1 PERBANDINGAN
FAKTA DAN DAN PENDAPAT
Fakta ialah sesuatu yang diketahui umum sebagai sebagai
benar-benar wujud, benar atau sahih. Dalam erti kata lain, tidak dapat
dipertikaikan. Pendapat pula merujuk kepada fahaman atau pandangan seseorang
atau sesebuah pihak mengenai sesuatu isu. Dalam erti kata lain pendapat
merupakan kepercayaan atau buah fikiran seseorang atau sesebuah organisasi. Ia
tidak semestinya benar dan sahih. Misalnya, ‘perempuan itu sangat cantik’. Ayat
ini merupakan pendapat dari seseorang individu atas pandangannya dan bukannya
semua orang berpendapat sebegitu.
3.2
TAHUN PENERBITAN DAN
AUTORITI
Seperti yang kita tahu,
maklumat-maklumat yang terkini dapat diperolehi daripada bahan-bahan maklumat
yang terbaru. Bagi menilai samada maklumat
yang diperolehi tersebut adalah terkini atau tidak, kita boleh menyemak
tarikh penerbitan daripada maklumat yang kita dapati. Autoriti pula adalah
penting untuk mengetahui asal-usul maklumat yang diperolehi dan untuk menilai
samada maklumat tersebut boleh dipercayai atau sebaliknya. Bagi menentukan
pengesahan maklumat tersebut, anda perlu menyemak perkara-perkara berikut :
3.3 KUMPULAN
SASARAN DAN PENERBIT
Kemahiran menilai maklumat sangat
penting kerana ia merupakan proses dalam menentukan samada sesuatu maklumat
yang diperolehi berguna atau tidak. Artikel, kertas kerja atau kertas cadangan
lazimnya dihasilkan untuk kumpulan sasaran yng tertentu. Ini adalah penting
bagi menyemak samada maklumat yang diperolehi tersebut sesuai atau tidak.
Maklumat yang disasarkan kepada golongan belia atau pelajar sekolah menengah adalah kurang sesuai untuk
pelajar-pelajar yang berpendidikan di universiti atau golongan professional. berikut
adalah turutan daripada yang rendah ke golongan yang tinggi :
3.4
BAHAN POPULAR DAN AKADEMIK
Bahan-bahan popular sering memaparkan
maklumat yang berpendapat dan kurang fakta jika dibandingkan dengan bahan-bahan
akademik. Maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan akademik kebanyakannya
mempunyai rujukan bahan maklumat yang lain yang telah dirujuk oleh penulis
tertentu. Dalam konteks perguruan, kebolehan kita menilai akan membolehkan kita
membuat tranformasi dan refleksi terhadap apa yang telah dilakukan, khususnya
dalam proses pembelajaran dan pengajaran . Hal ini juga akan membolehkan kita
sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru, hasil daripada apa yang
telah dilaluinya.
Bagi anda yang inginkan malumat tambahan, ana boleh ke link inihttps://www.slideshare.net/munnianwar/kemahiran-menganalisis-maklumat
No comments:
Post a Comment